About Me

My photo
Simple me. Less talk in reality but talk a lot in my head.

Monday, 27 January 2014

Kenangan


FESTIVAL BUDAYA UiTM SHAH ALAM


Festival Budaya ni tujuannya nak ketengahkan budaya masyarakat melayu kat Malaysia ni. Nak perkenalkan jenis-jenis budaya masyarakat melayu yang ada kat sini. Event ni memang best sebab banyak benda yang aku dapat belajar daripada negeri lain termasuk Zon Borneo (Sabah & Sarawak). Festival ni berlangsung selama seminggu. Hari pertama macam biasa laa briefing itu ini. Next day, ada pertandingan nyanyian. Ada dua kategori nyanyian, moden dan irama Malaysia. Aku macam biasa laa, join tarian. Nampak je senang, tapi sebenarnya susah. Banyak benda yang kena korbankan sebab tarian ni. Tarian yang aku masuk tarian rampaian, tarian kreatif dengan tarian mengikut daerah masing-masing. Macam kat Negeri Sembilan tempat aku belajar ni, ada tarian piring minangkabau. Memang best. Tarian favorite aku. Dalam tarian rampaian tu ada tiga pecahan tarian, ada tarian asli, taria inang dengan tarian joget. Mulanya, tarian inang ni, memang aku tak boleh buat. Sebab kaku. Kongkang je bila menari tarian ni. Selalu kena tegur. Tapi aku cuba jugak belajar tarian ni. In the end, berjaya jugak menari tarian ni. Time bertanding tu, tak pernah rasa sepuas time menari tu. Memang seronok sebab masing-masing hebat-hebat. Time festival ni, semua negeri punya tarian memang best. Semua hebat-hebat belaka. Senior-senior aku pun kata, "tahun ni punya event tarian, memang lain macam" Sebelum bertanding, kenalaa practice dulu. Ktorg cuma ada 2 minggu je nak siapkan semua jenis tarian tu. Memang jadual padat. Dari petang sampai ke pagi. Time cuti pulak, dari pagi sampai ke pagi. Memang penat. Tapi penat yang berbaloi bila dapat perform yang terbaik on stage. Dalam tarian kreatif pulak, ada himpunan tarian silat kipas, makyong, dengan tarian wayang kulit. Yang ni memang susah. sampai kena marah, kena rotan sepanjang masa sebab tarian ni je. Walaupun tak dapat perform dengan baik time menari tarian ni on stage, tapi ktorg tetap puas hati, sebab ktorg dah berusaha sehabis mungkin. Taktau nak cerita apa dah. Assalamualaikum.

Ni pasangan aku untuk tarian piring