Pages

About Me

My photo
Simple me. Less talk in reality but talk a lot in my head.

Monday, 27 January 2014

Kenangan


FESTIVAL BUDAYA UiTM SHAH ALAM


Festival Budaya ni tujuannya nak ketengahkan budaya masyarakat melayu kat Malaysia ni. Nak perkenalkan jenis-jenis budaya masyarakat melayu yang ada kat sini. Event ni memang best sebab banyak benda yang aku dapat belajar daripada negeri lain termasuk Zon Borneo (Sabah & Sarawak). Festival ni berlangsung selama seminggu. Hari pertama macam biasa laa briefing itu ini. Next day, ada pertandingan nyanyian. Ada dua kategori nyanyian, moden dan irama Malaysia. Aku macam biasa laa, join tarian. Nampak je senang, tapi sebenarnya susah. Banyak benda yang kena korbankan sebab tarian ni. Tarian yang aku masuk tarian rampaian, tarian kreatif dengan tarian mengikut daerah masing-masing. Macam kat Negeri Sembilan tempat aku belajar ni, ada tarian piring minangkabau. Memang best. Tarian favorite aku. Dalam tarian rampaian tu ada tiga pecahan tarian, ada tarian asli, taria inang dengan tarian joget. Mulanya, tarian inang ni, memang aku tak boleh buat. Sebab kaku. Kongkang je bila menari tarian ni. Selalu kena tegur. Tapi aku cuba jugak belajar tarian ni. In the end, berjaya jugak menari tarian ni. Time bertanding tu, tak pernah rasa sepuas time menari tu. Memang seronok sebab masing-masing hebat-hebat. Time festival ni, semua negeri punya tarian memang best. Semua hebat-hebat belaka. Senior-senior aku pun kata, "tahun ni punya event tarian, memang lain macam" Sebelum bertanding, kenalaa practice dulu. Ktorg cuma ada 2 minggu je nak siapkan semua jenis tarian tu. Memang jadual padat. Dari petang sampai ke pagi. Time cuti pulak, dari pagi sampai ke pagi. Memang penat. Tapi penat yang berbaloi bila dapat perform yang terbaik on stage. Dalam tarian kreatif pulak, ada himpunan tarian silat kipas, makyong, dengan tarian wayang kulit. Yang ni memang susah. sampai kena marah, kena rotan sepanjang masa sebab tarian ni je. Walaupun tak dapat perform dengan baik time menari tarian ni on stage, tapi ktorg tetap puas hati, sebab ktorg dah berusaha sehabis mungkin. Taktau nak cerita apa dah. Assalamualaikum.

Ni pasangan aku untuk tarian piring



Thursday, 26 April 2012

Goodbye Peninsula

""Hello" is the beginning for "Goodbye" , and "Goodbye" is the ending for "Hello""
                                                                              -Muhammad Shafiq-

cehh !! nak juga feeling-feeling Nelson Mandela . 
Huhuu .
Kenapakah tajuk post kali ni "Goodbye Peninsula" ?

"STUDY ABROAD"
"Pergi Overseas"
"Pindah luar negara"

That's what i told to others . 
Actually bukan study kat luar negara pun .
Bukan nak pindah keluar negara pun .
Semua tanya  negara mana aku pergi .
Haaaa ~

Sorry kawan .
Actually , PLKN memanggil .
And aku dapat dekat Sandakan , Sabah .
Yeahhh !!
Long journey . 
At last , my wish come true .
Teringin nak ke Sabah sebenarnya .
It's gonna be a tough 3 month there .
I can't wait !

On May2 , at 0420 , my journey begin .
And it ends at July14 .

Sebak nak tinggalkan family .
My mom told me 
"Nantikan , kalau kau dah naik bas nak pergi lapangan terbang , mak berdiri kat luar sambil tengok kau bertolak sambil air mata mak mengalir"

Ok .
Nak menangis aku bila mak aku kata macamtu .
I can't imagine how's my mom feelings bila aku takde nanti .
Mak aku kata lagi 
"Time kau kat Sabah nanti kan , ada laa yang masuk bilik kau sambil peluk bantal kau nanti"

Damn ! Tngah menaip ni pun air mata kau dah mengalir bila fikir kan kata-kata mak aku .
Arghhhh !!!

Enough with that .

Pesanan saya buat sahabat baik saya .

Dear Aimi , 
   Kau masih hutang aku hadiah kau time kau kat Sarawak haritu . ingat tuh !! Nanti bila aku balik KL , jangan lupa pasal hadiah tu tau . And lagi satu , kau masih hutang belanja aku lagi . Nanti aku tuntut . Time aku takde ni , jaga diri ok ? Selalu-selalu laa contact aku kat sana nanti . Sorry , time kau pergi Sarawak haritu , aku tak contact kau . 

Dear Ameera ,
  Weyhh !!! Aku nak jumpa kau tak kesampaian pun !! Serius sedih !! Huhh !!!! Kau masih hutang topi dengan aku lagi . Ingat tuh ! Haaaa ~ Nanti bila aku balik KL , aku nak tuntut topi tuh ! Tak kira !!! Huhuuuu ~ Take care kawan .

Dear Fayyad ,
  Yadda yadda yaddd !! Michuuuu !! Sedih nye nak kena tinggal kan korang . *padahal 3 bulan je pongg* . Bila laaa dapat lepak sama lagi ni . Semua dah busy . Haishhh . Nanti bila Shaff dah ada kat KL , kita lepak ok ? Nanti time Shaff kat sana jangan lupa contact tau ! Rajin-rajin laa text . Tau tau tau !!

Dear Hazim ,
   Weyhh !! Rindu kau . HAHA !! Nanti aku balik KL , aku bawakan kau bunga Rafflesia tau . Huhuu . Lama tak lepak dengan kau . Asyik busy je . Menyampah . Ahahahaha . Hope someday dapat jumpa lagi . Take care buddy .

Dear Ain ,
   Ain !!! Ain nak jumpa Shaff asyik tak dapat je kan ? Ahahahahaha . Kasihan . Sorry laaa . You should have told me earlier kalau nak jumpa . Takpe , nanti lepas PLKN kita jumpa ok? Anything just text me . Bye bye .


Sunday, 27 November 2011

#46

I MISS THEM BADLY ! T.T

Ameera

Nabeela

Fayyad

Aimi

Fitri

Dah tu je :P

Thursday, 24 November 2011

#43

Semuanya bermula ketika aku mengemas ruang belajar aku tadi .
Secara tiba-tiba , aku terimbas kembali kenangan aku sewaktu zaman persekolahan dahulu .

2000 - Aku mulakan hidup aku sebagai seorang pelajar di Tadika . Banyak benda yang aku dah buat masa tu . I dance . I found new friends . Mula mengenal dunia . Banyak lagi . 
2001 - Darjah satu . Masih kecil lagi . Tak tahu apa-apa . Berasa bangga apabila mendapat 100% dalam Mathematics ketika peperiksaan akhir tahun . 
2005 - Di Sekolah Rendah Agama Sri Pantai , waktu UPKK . Result memang baik sangat . Banyak A . Alhamdulillah . 
2006 - UPSR + UPSRA . TENSION ! Nasib baik result tak teruk sangat . Banyak A .
2007 - Ketika ini , aku mula mengenal dunia . Suasana belajar mula berubah . Tingkatan 1 . I met new friends + teachers again . Pada tahun ni , aku mula jadi pengawas ketika dihujung tahun . 
2009 - PMR ! Again . Tension ! Tiga tahun jadi pengawas . Alhamdulillah , tak teruk sangat result . Tidak ada A , tidak ada D , tidak ada E dan tidak ada G . 
2010 - Tingkatan 4 . Ambil aliran SCIENCE TULEN . Rasa menyesal pun ada juga . Tapi tidak mengapa , belajar dari kesilapan . Masih ingat lagi , 20 March 2010 , sekolah aku dijemput untuk membuat persembahan lakonan dekat hotel sebelah Mid Valley and I was like "Woww !! Macam mimpi je !" . And then , again , sekolah aku dijemput sekali lagi oleh The Star *surat khabar* untuk membuat persembahan sekali lagi . And it was a day after my birthday . On Aug12 . Hadiah terbaik yang pernah aku dapat . Pada Aug19 , muka kami yang membuat persembahan keluar dalam akhbar The Star . Rasa nak menangis je . And again , before my final exam , sekolah aku dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan lakonan tersebut buat kali ketiga di universiti *tak ingat kat mana* . Tapi , kami terpaksa menolak sebab exam . And I was a bit down at that time .
2011 - My final year in school life . Tingkatan 5 . SPM . Macam-macam benda yang berlaku tahun ni . Terasa semua benda yang aku buat pada tahun ni merupakan perkara yang terakhir yang aku akan lakukan . Dan ketika inilah aku teringat macam-macam benda . Bermula tahun inilah aku mengenal apa erti CINTA . Bermula tahun inilah , aku mengenal erti PENGHARGAAN . Bermula pada tahun inilah , aku mengenal erti BENCI . Bermula pada tahun ini jugalah , aku mengenal erti KEHIDUPAN SEBENAR . Realiti . Belajar menerima hakikat , dan banyak lagi . Now , tinggal dua subjek lagi untuk mengakhiri zaman persekolahan ini . I feel like crying . In the same time , I'm happy . No more babbling from teachers . 

That's all . Thank you sebab MENGINTIP BLOG yang tak seberapa ni . Sorry , post kali ni BOSAN sangat .

Monday, 14 November 2011

#41

Cari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setia kawan.

Petikan gurindam di atas menjelaskan kepentingan memilih sahabat . Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik .

   Pada milenium ini , kita sedar akan masalah yang telah dihadapi oleh negara kita . Dengan perlakuan negatif remaja yang semakin berleluasa , perkara ini telah membimbangkan pelbagai pihak . Terutamanya , masyarakat setempat . Bukan sahaja di negara kita malahan soentaro dunia . Sudah lama kita meniti dari bibir ke bibir kes tidak bermoral dalam kalangan remaja moden ini . Jadi , pemilihan rakan sebaya amat penting bagi membentuk maruah diri seseorang .

   Sahabat yang baik mampu mendorong kita kepada kebaikan . Sebagai seorang sahabat yang baik , sudah menjadi akauntabiliti kita untuk berusaha bersama-sama demi menjadi manusia yang berguna . Seorang sahabat yang baik akan sentiasa berada disisi kita . Mereka akan sentiasa membantu kita dalam pelbagai masalah . Tamsilnya , jika kita menghadapi kemurungan , sudah tentu sahabat yang sentiasa berada disisi kita akan membantu kita untuk menghilangkan rasa kekecewaan dalam diri kita . 

    Sebagaimana yang kita ketahui , sahabat yang baik memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi seseorang . Biar kita lihat , jika kita tersalah memilih kawan , sudah semestinya hidup kita akan berada dalam kegelapan . Perkara ini boleh menjurus kepada gejala yang tidak bermoral seperti seks bebas , vandelisme , lumba haram , dan sebagainya . Dengan realiti ini dapat kita katakan bahawa sahabat yang baik dari segi akhlaknya mampu menjadikan kita seorang yang bermoral dan berakhlak mulia .

    Lanjutan daripada huraian diatas , sahabat yang baik dan boleh dijadikan contoh adalah sahabat yang rajin berusaha daan gigih menelaah ilmu . Dengan adanya rakan seperti ini , kita mampu untuk belajar secara berkumpulan . Suasana pembelajaran kita akan menjadi lebih seronok jika hendak dibandingkan dengan belajar seorang diri dirumah . Kita tidak perlulah malu untuk bertanyakan sesuatu . Persis kata cendikiawan , malu bertanya , sesat jalan . Dengan suasana pembelajaran seperti ini , kita mampu untuk meluaskan ilmu pengetahuan kita . Sebagai contoh , jika kita tidak memahami bagaimana cara untuk menyelesaikan permasalahan serentak dalam subjek matematik , sudah pasti ada yang lebih arif untuk membantu kita .

    Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji-muji , tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu . Seperti yang kita lihat diatas , sahabat yang baik mampu membetulkan kesalahan yang kita pernah lakukan . Yakni dengan memberi nasihat tanpa mengharapkan sebarang pembalasan . Saidina Ali pernah berkata , siapa yang banyak bicara , maka banyaklah salahnya , siapa yang banyak salahnya , maka hilanglanglah harga dirinyi , siapa yang hilang harga dirinya , bererti dia tidak warak , sedangkan orang yang tidak warak itu , bererti hatinya mati . 

    Akhirulkalam , jika kita ingin menjadi seorang yang berguna , maka pilihlah sahabat yang baik dari segi akhlaknya , adabnya , serta budi pekertinya supaya kita tidak terjerumus ke lembah durjana . Dengan hadirnya sahabat yang baik didalam diri kita , maka terselamatlah hidup kita dari masalah sosial .

Tuesday, 8 November 2011

#39

Begitu sepinya hidupku tanpa kehadiran dirimu disisiku .
Begitu gelapnya hidupku tanpa cahaya yang menerangi diriku yang diterangi oleh dirimu .
Dan begitu sedihnya hidupku tanpa kebahagiaan dirimu .
Rasa keseorangan pabila tidak bersamamu .


Setiap masa ku merindui dirimu .
Setiap masa ku doakan kebahagiaan dirimu .
Setiap masa ku berharap kepadamu .
Dan setiap masa jugalah ku menunggu dirimu .

Tanpa kehadiran dirimu dalam hidup ku , aku tidak mengenal erti dunia .
Tanpa kehadiran dirimu dalam hidup ku , aku tidak mengenal erti kasih sayang .
Dan tanpa kehadiran dirimu dalam hidup ku jugalah , aku tidak mengenal erti PERSAHABATAN .


Setelah kau hadir dalam diriku ,
Akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong kegelapan .
Bebas terbang seperti rama-rama yang cantik .
Bebas terbang kesana-sini 

Sekarang , aku sedar bahawa aku tidak bersendirian .
Sekarang , aku sedar kau bersama diriku .
Dan sekarang juga , aku sedarbahawa kau yang terbaik dalam hidupku .

Terima kasih kawan .
Betapa dalamnya sayangku terhadap dirimu .
Betapa dalamnya kasihku terhadap dirimu .


Kawan .
Kau adalah HADIAH yang terbaik yang pernah aku terima .
Kau adalah PENERANG dalam kehidupanku .
Kau adalah KEGEMBIRAAN dalam kesedihanku .

Terima kasih SAHABAT .
Terima kasih .

Sejujurnya , aku menangis apabila menaip entri ini .
 Aku sayang kau semua .

Wednesday, 19 October 2011

#34


F.R.I.E.N.D.S
(F)ight for you ! (R)espect you ! (I)nvolve you ! (E)ncourage you ! (N)eed you ! (D)eserve you ! (S)ave you !

Korang faham kan ?
BAGUS !

(F)ight : A TRUE FRIENDS will be there for you when you are facing a problem . They will help you .

(R)espect : They will respect you if they think you one of their friends . They will respect our decision tak kira apa-apa pun .

(I)nvolve : SAHABAT SEJATI akan melibatkan dirinya dalam masalah yang kita hadapi . Mereka akan membantu kita untuk menyelesaikan pelbagai masalah . Tak kira apa pun masalah yang kita hadapi . 

(E)ncourage : They will encourage you to move forward and helping us with study , etc . A TRUE FRIENDS akan menggalakkan kita untuk melakukan sesuatu perkara yang baik .

(N)eed : When we talk about NEED , they will NEED you when they are facing a problem . For sure , A TRUE FRIENDS will do that . 

(D)eserve : A TRUE FRIENDS will think of others that they are deserve to be their friends . They will said "Oh ! That person deserve to be my friend . I'm not seeking for a POPULARITY . I just want a TRUE FRIENDS in my life"

(S)ave : "If you ever find yourself stuck in the middle of  the sea , I'll sail the world to find you , if you ever find yourself lost in the dark and you can't see , I'll be the light to guide you" -Bruno Mars from Count On Me- A TRUE FRIENDS will always be there for you .  They wont forget each other . They will try their best to talk/contact with them .

Aku bukannya mencari POPULARITI .
Apa yang aku cari , cumalah SAHABAT SEJATI
SAHABAT SEJATI yang akan sentiasa bersama .
SAHABAT SEJATI yang akan sentiasa berhubung .
SAHABAT SEJATI yang tak pernah lupakan orang lain .
Tu je permintaan aku .
Aku tahu , aku tak macam korang .
Macam yang pernah aku bagi tahu last time , aku tahu korang malu kawan dengan aku .
Sebab aku tak macam korang .
Aku ni KAMPUNG sangat .
Ye . Aku sedar .
Hmm .
Aku malas nak membebel lebih-lebih .
Nanti korang lagi menyampah  dengan aku .
Kata aku ni DESPERATE sangat .
Nak publisiti murahan bagai .
Sigh ~
Aku cuma perlukan seorang SAHABAT yang betul-betul maksudkan erti PERSAHABATAN .
I gave all of you A LOT OF CHANCES !
You said sorry to me .
And I forgive you .
Yet , ALL OF YOU still doing it .
To be honest , aku terkilan dengan perangai korang ni .
Hmm =(

Can you count how many times I state words SAHABAT SEJATI/TRUE FRIENDS ?
Yeahh .
Everything yang aku taip kat dalam blog ni , semuanya BERMAKSUD .
I hope you will understand what am I saying .